Malam Penyatuan..
"Kuiring malammu dalam dakapan hangatku, seusai sinar pagi menyambut lena. Lalu, kita terpisah tanpa arah. Sungguh, engkau terbelenggu oleh fikiranmu. Keluarlah, kerana bukan itu maksudku..
Malam tiba lagi, melucuti pakaian, melucuti segala perhiasan..
Malam ini malam puncak, malam dirimu kehilangan harganya..
Malam ini malam pelaminan, malam keasyikan..
Malam ini malam bisu, malam kehilangan kata-kata..
Kita tidak akan terpisah lagi. Malam ini malam selamanya.. "
---------------------------------------------------------------------
Dinukil dari: 'Dimana Aku..' [Chapter: 22]
Ditulis oleh: 'ashiqi'
--------------------------------------------------------------------
[Photo] Abang Yur dan Aliff
Perkhabaran Dari Hira
PERKHABARAN DARI HIRA
Betapapun jalan tuan, tetap kami muliakan. Betapapun penjelasan tuan, tetap kami kalungi dengan pujian-pujian, biarpun hati kami telalu kecil buat rahmat sebesar tuan. Sayangnya, kami tidak lagi mampu duduk bersama-sama tuan di atas noktah itu. Entah mengapa jalan kami masih panjang, tidak terjangkau sehayat perjalanan. Jalan kami tidak mati sepertimana jalanmu tuan..
Sekian kami menyusur, semakin bersiur lorong dan simpang. Setiap persoalan ada jawaban, setiap jawapan, datang dengan persoalan. Silih berganti. Dalam kesempurnaan ada kelemahan, dalam kelemahan ada kesempurnaan. Sementara itu, kami sentiasa terpukul oleh penyaksian demi penyaksian. Kami tidak lagi mampu mempertaruhkan sesuatu yang kami sangkakan sempurna. Kami sekadar mendengar bacaan dari Hira’; Yang datang dengan keheningan, yang datang dengan kesaksian, yang bukan dari kami..
Lautan gelora, tanpa rasa dan rupa. Lautan gelora tanpa warna maupun gema. Ketika malam menyingsing, siang mula mengambang. Di balik lembayung pagi, matahari pun berbicara; “Bukankah aku yang mengajarkan mu apa yang tidak engkau ketahui? Mengapa engkau masih mencari selain aku? Telah aku sempurnakan jalan yang lurus, tetapi engkau masih senang jalan berliku. Carilah aku, maka akan kuperkenalkan mu dengan pelayanku, Jibril. Akan aku temukan mu dengan kekasihku, Muhammad. Agar engkau tidak lagi bersangka-sangka terhadap mereka..”
-----------------------------------------------------------------------
Dinukil dari: 'Ujaran Dalam Ekstase' [Chapter: 11]
Ditulis oleh: 'ashiqi'
------------------------------------------------------------------------

[Photo/Profile] Aina Najiha..
Profile
Nama: Aina Najiha
Lahir: 07 April 2000
Sekolah: Sekolah Keb Seri Bintang Selatan, Taman Shamelin.
Posisi: Anak kedua dalam keluarga
Cita-Cita: Pilot..
-----------------------------------------------------------------------------
Picture: 02 March 2007. Bdr Seri Permaisuri, dalam kereta abah.
Peristiwa: Lepas hari persekolahan..
-----------------------------------------------------------------------------
[Photo] Bersama Elyana..
"Eh, cutenye adik-adik ni. Meh tangkap gambar dengan akak.."
Begitulah kata-kata kak Elyana sebelum naik ke pentas mendendangkan lagu 'Tak Tercapai Akalmu'. Sebelum itu, kami sempat bergambar bersama. Jangan jelous noo!..
"Biar berdentum, langit runtuh dan menghempap diriku, tidak tergadai tata-silaku, yang menggambarkan siapa diriku..
Biarlah bergoncang, bumi di telapak kakiku ini, namun takkan kurubah pendirian, yang membuat aku menjadi aku..
Mungkin sukar untuk difahami, kerna tak tercapai akalmu.."
----------------------------------------------------------------------------------
Picture: 08 April 2007. Tasik Permaisuri, Seri Permaisuri.
Catatan: Hari terbuka memancing dan berkaraoke. Beberapa artis membuat persembahan.
-----------------------------------------------------------------------------------
[Photo] Diraja Monggol..
Mimpiku di siang hari..
Menjadi puteri dalam negeri..
Monggolia, nama diberi..
Ramai melihat yang iri hati..
Hiks, hehehehe..
Kami, semasa memegang tampuk pemerintahan kerajaan Monggol, dinasti Zam Zam Khan. Ahakss, hehehe..!
-----------------------------------------------------------
Picture: 01 April 2007. Fajar Pandan Indah..
Catatan: Model pakaian sambilan..
-----------------------------------------------------------
[Photo] Keluarga harmoni..
“Keindahan sebuah lukisan tidak hanya terletak pada satu warna. Kesempurnaan kehidupan tidak hanya terletak pada yang tinggi atau baik, tetapi juga apa yang di sebalik itu. Begitu juga dengan keluarga kami. Berbagai ragam, macam-macam perangai menjadikan keluarga kami lebih hidup dan bermakna..”
--------------------------------------------------------------------------
Picture: 04 April 2007. Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Catatan: Jemput mama lepas habis kursus di Muzium Negara. Abah tangkap gambar.
--------------------------------------------------------------------------
[Photo] Aliff Aiman
Profile
Lahir: 12 December 2005
Posisi: Anak keempat(bongsu?)
Sekolah: Belum lagi da..
Cita-Cita: Lucture, bidang doktor falsafah..
--------------------------------------------------------------------
Picture: 15 Julai 2006. Di rumah, Bdr Seri Permaisuri.
Catatan: "Adik nak cucu!!.."
---------------------------------------------------------------------
Picture: 15 Julai 2006. Di rumah, Bdr Seri Permaisuri.
Catatan: "Adik nak cucu!!.."
---------------------------------------------------------------------
[Photo] Arissya Putri..
Profile
Nama: Arissya Putri
Lahir: 13 June 2001. Enam tahun la..
Posisi: Anak ketiga
Sekolah: Sekolah Keb Seri Bintang Utara, Taman Shamelin.
Cita-cita: Nak jadi doktor..
---------------------------------------------------------------------
Picture: 04 April 2007. Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Catatan: Percutian di Barli. Hehehe..
--------------------------------------------------------------------
Nama: Arissya Putri
Lahir: 13 June 2001. Enam tahun la..
Posisi: Anak ketiga
Sekolah: Sekolah Keb Seri Bintang Utara, Taman Shamelin.
Cita-cita: Nak jadi doktor..
---------------------------------------------------------------------
Picture: 04 April 2007. Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Catatan: Percutian di Barli. Hehehe..
--------------------------------------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)