[Photo] Eh' watpe tu..

------------------------------------------------------------------
Picture: 10 Jun 2007, Villa Seri Permaisuri
Note: Adik buat apa dalam tu...
------------------------------------------------------------------

Mensyukuri Ciptaan Tuhan..

-------------------------------------------------------------------------------------
Picutre: 23 July 2007 Tasik Permaisuri
Note: 'Tangkap Curi' oleh abang Yur..
-------------------------------------------------------------------------------------

Bermain di sarang spiderman..


---------------------------------------------------------------------------------
Picture: 15 July 2007 Tasik Seri Permaisuri
Note: Ambil peluang bermian sementara spiderman tak ada..
---------------------------------------------------------------------------------

Mancur merah anggur dari taman-taman

"..Pun begitu, kami sekadar mengisyaratkan. Berbahagialah tuan yang melihat dalam cahaya, kerana yang terlihat juga akan turut menjadi cahaya. Mulialah tuan yang duduk dalam kegelapan, kerana di sana ada rahsia sarat terjaga, buat penerang yang terang. Bilamana cahaya terpancar keluar, yang dulunya resah beransur tenang, hari malam digantikan siang. Nyiur melambai-lambai, burung berkicau riang. Sang singa mengejar rusa dalam keikhlasan, si rumput pun menyapa; “Ragutlah kami atas nama keimanan..” Kelak, jika tuan menemukan hari kemenangan itu, rayakanlah bersama kami. Kerana, kami sentiasa merindu, kami sentiasa menunggu kelahiran diri kami yang tuan itu.."

--------------------------------------------------------------------------------
Nukilan: 'Mancur Merah Anggur Dari Taman Taman' Chapter I, Paragraph 5.
Karya: 'ashiqi'
---------------------------------------------------------------------------------

Harley Davisdon ke nih?

--------------------------------------------------------------------------------
Picture: 22 July 2007. Kompleks 'OU' Taman Dagang.
Note: Masuk pawagam dengan abah, tengok cerita Tranformers. Hebat!
---------------------------------------------------------------------------------

Semi Itu Tidak Bermusim.


"Sekadar buah, sebiji dua yang dapat kami gambarkan dari pohon merimbun. Dalam buah ada pohon, dalam pohon ada buah. Kilat sekilas, terangnya bertahun-tahun. Walau tidak berjarak, yang tampak sepenjuru alam. Jejak tidak bermusim, waktunya tidak berusia. Biarpun musim tidak bersemi, bunga-bunga masih sudi berguguran. Tanah yang tadinya kusam dan kering, disuburi dengan warna-warni. Burung pun turun menumpang mandi.. " [lengkap]
----------------------------------------------------------------
Nukilan: 'Semi Itu Tidak Bermusim' Paragraph 10
Karya: 'ashiqi'
----------------------------------------------------------------

[Photo] Selamat Hari Ulang Tahun..



-----------------------------------------------------------------------------------
Picture: 07 April 2007 Villa Seri Permaisuri
Note: Meraikan ualng tahun kelahiran Nana yang ke tujuh tahun..
-----------------------------------------------------------------------------------

[Photo] Hehehe..

-----------------------------------------------------------------------
Picture: 30 June 2007, Pekan Bandar Sri Permaisur
Note: Adik takut ke dik? Hehehe...
-----------------------------------------------------------------------

Mimpi dan realiti..

"Wahai orang-orang yang terlena! Dalam lena ada mimpi, dalam mimpi ada realiti. Wahai orang-orang yang terjaga! Dalam jaga ada mimpi, dalam mimpi ada lena, dalam lena engkau terpedaya. Wahai yang terlena, lihatlah mimpimu berkaca realiti. Wahai yang terjaga, tidakkah engkau tahu bahawa jagamu itu hanya mimpi-mimpi.. " [lengkap]

--------------------------------------------------------------------------
Nukilan: 'Mancur Merah Anggur Dari Taman Taman IV'(paragraph 6)
Karya: 'ashiqi'
--------------------------------------------------------------------------