Malam Penyatuan..
"Kuiring malammu dalam dakapan hangatku, seusai sinar pagi menyambut lena. Lalu, kita terpisah tanpa arah. Sungguh, engkau terbelenggu oleh fikiranmu. Keluarlah, kerana bukan itu maksudku..
Malam tiba lagi, melucuti pakaian, melucuti segala perhiasan..
Malam ini malam puncak, malam dirimu kehilangan harganya..
Malam ini malam pelaminan, malam keasyikan..
Malam ini malam bisu, malam kehilangan kata-kata..
Kita tidak akan terpisah lagi. Malam ini malam selamanya.. "
---------------------------------------------------------------------
Dinukil dari: 'Dimana Aku..' [Chapter: 22]
Ditulis oleh: 'ashiqi'
--------------------------------------------------------------------