"..Pun begitu, kami sekadar mengisyaratkan. Berbahagialah tuan yang melihat dalam cahaya, kerana yang terlihat juga akan turut menjadi cahaya. Mulialah tuan yang duduk dalam kegelapan, kerana di sana ada rahsia sarat terjaga, buat penerang yang terang. Bilamana cahaya terpancar keluar, yang dulunya resah beransur tenang, hari malam digantikan siang. Nyiur melambai-lambai, burung berkicau riang. Sang singa mengejar rusa dalam keikhlasan, si rumput pun menyapa; “Ragutlah kami atas nama keimanan..” Kelak, jika tuan menemukan hari kemenangan itu, rayakanlah bersama kami. Kerana, kami sentiasa merindu, kami sentiasa menunggu kelahiran diri kami yang tuan itu.."
--------------------------------------------------------------------------------
Nukilan: 'Mancur Merah Anggur Dari Taman Taman' Chapter I, Paragraph 5.
Karya: 'ashiqi'
---------------------------------------------------------------------------------